
fazwa.r
Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Pengurusan Sumber Manusia, Psikologi
Beliau merupakan seorang pengembara dan pengasas kepada platform digital Pengembara Nomad. Pada masa yang sama, beliau sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi secara separuh masa, seiring dengan minatnya dalam memahami tingkah laku manusia.
Pada Oktober 2023, selepas meletakkan jawatan di sebuah syarikat minyak dan gas, beliau membuat keputusan untuk bekerja sebagai freelancer.
Minatnya terhadap seni suara bermula sejak di bangku sekolah rendah, khususnya pada lagu-lagu bertemakan ketuhanan dan nasyid yang lebih cenderung ke arah irama kontemporari (moden). Selain itu, beliau juga meminati buku, penulisan, pengembaraan, dan juga fotografi.
Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau turut berpengalaman bekerja dalam pelbagai industri termasuk minyak dan gas, kewangan, pelaburan, tenaga dan utiliti, insurans, telekomunikasi, pembinaan dan pembangunan hartanah, sokongan serta servis IT, pelancongan, dan NGO. Pengalaman beliau ini merangkumi peranan secara sepenuh masa mahupun separuh masa.
Beliau juga pernah bertugas di pelbagai jabatan dan unit, antaranya kewangan, perakaunan, pentadbiran, perolehan, sokongan operasi, sumber manusia, dan telepemasaran. Di samping itu, beliau juga terlibat secara tidak langsung dalam bidang jualan, pematuhan, serta khidmat pelanggan.
Dari segi kemahiran teknikal, beliau berpengalaman menggunakan sistem SAP, Applicant Tracking System (ATS), 180° recruitment, penyediaan CV/Resume profesional, Work & Program Budget (WPB) – PETRONAS serta HRMS.

Nomad Digital
Di platform digital Pengembara Nomad, kami sedang mencari pengembara atau nomad digital yang berminat untuk berkolaborasi bersama kami dalam menghasilkan kandungan yang bernilai dan memberi manfaat kepada komuniti.
