
TJ Song
Incheon, KOREA SELATAN
Major in Korean Language Education
Beliau berpengalaman sebagai chef dalam masakan Korea dan juga berdaftar sebagai ejen hartanah bertauliah.
Sebagai seorang pengembara solo, beliau memilih gaya pengembaraan jangka panjang berkonsepkan nomad, agar dapat mendekati dan memahami kepelbagaian budaya di setiap negara yang dilawatinya.
Sehingga kini, beliau telah menjelajah ke 13 buah negara di benua Eropah dan Oceania, serta 15 buah negara di benua Asia.

Luqman Z.
Kelantan, MALAYSIA
Ijazah Sarjana Muda Akidah & Falsafah, Ijazah Sarjana Pemikiran Islam Kontemporari
Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam pengajian Akidah & Falsafah. Seterusnya telah menyambung peringkat Ijazah Sarjana Pemikiran Islam Kontemporari.
Judul tesis beliau adalah "Pemikiran Akidah Shaykh Hasan Ayyub dalam Tabsit al-'Aqa'id al-Islamiyyah berdasarkan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah".
Selain itu, beliau kini sedang menyambung Pensijilan Penfatwaan di Dar al-Ifta al-Misriyyah dan Psikologi Islam di Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah Malaysia (KPTI).
Kemahiran beliau dapat dilihat dalam penyelidikan dan analisis, dunia penterjemahan Arab-Melayu, penulisan akademik dan komunikasi, pengurusan pendidikan dan pembangunan kurikulum khususnya dalam sistem pengajian Islam berfondasikan kitab-kitab induk klasik dan persembahan ke bahasa semasa.
Beliau berkebolehan dalam membaca kitab-kitab tradisional Islam dalam bahasa Arab dan Jawi klasik.
Beliau merupakan sebahagian daripada tim kolaborasi kami bagi kandungan artikel dan blog yang menyentuh aspek agama termasuk akidah dan falsafah.
Telah menjejaki ke 5 buah negara di benua Asia dan Afrika iaitu Mesir, Arab Saudi, Jepun, Thailand dan Morocco.

Syazwan A. Bakar
Johor, MALAYSIA
Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBS)
Beliau merupakan seorang graduan dari University of Science and Technology di Jordan dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).
Sebelum ini, beliau merupakan seorang doktor perubatan yang telah berkhidmat di hospital kerajaan di Malaysia selama 6 tahun.
Selepas mendirikan rumahtangga bersama isterinya berwarganegara Turki, beliau kini telah berkhidmat di Turk Kizilay atau Turkish Red Crescent di Turki iaitu sebuah NGO dalam memberikan bantuan kemanusiaan sebagai doktor am. Beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Selain fokusnya dalam bidang perubatan, beliau merupakan seorang pengembara yang menggunakan pengangkutan awam dan juga berbasikal.
Beliau juga berhasrat untuk mengembara di 81 buah negeri di Turki bagi meneroka sejarah dan tempat yang menarik di negara tersebut.
Beliau turut berkebolehan dalam berbahasa Arab dan Turki selain bahasa Melayu dan Inggeris.
Telah menjejaki ke 7 buah negara di benua Asia iaitu Jordan, Syria, Lubnan, Arab Saudi, Iran, Turki dan Singapura.

Faiz F.
Pahang, MALAYSIA
Degree in Nuclear Engineering, Master in Aerospace Engineering.
Beliau kini melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam program Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di sebuah universiti awam.
Selain bergelar pelajar, beliau juga aktif dalam bidang penyelidikan. Sebelum ini, beliau pernah menerima tajaan penuh daripada kerajaan Rusia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang nuklear. Namun, semasa dalam tempoh pengajiannya di Moscow, beliau membuat keputusan untuk berhenti dan seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana di sebuah universiti awam di Malaysia.
Selain berpengalaman dalam bidang penyelidikan, beliau turut memiliki kemahiran dalam bidang pembinaan elektrik. Pada masa yang sama, beliau merupakan ahli berdaftar dan berlesen di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).
Beliau pernah menjejakkan kaki ke dua buah negara di benua Asia dan Eropah, iaitu Indonesia dan Rusia.
Dr. Zein Mental Wellness
Selangor, MALAYSIA
Bachelor Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery (MBBCh)
Dr. Zein merupakan bekas penuntut di Darul Quran, JAKIM sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran.
Beliau memulakan kerjaya pada tahun 2015 sebagai doktor pelatih dan kini berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma sebuah hospital bukan kerajaan di tanah air. Beliau juga merupakan Occupational Health Doctor (NIOSH).
Pemilik kepada buku My Healing Journey. Sebuah buku jurnal diari yang menggabungkan konsep psikologi dan spiritual. Buah tangan ini bertujuan untuk membantu orang ramai menguruskan emosinya dengan menjadikan perjalanan spiritual dan kebergantungan kepada Tuhan sebagai panduan utama.
Buku ini turut memuatkan tip pengurusan tekanan serta panduan praktikal untuk memperbaiki kesejahteraan emosi dan mental. MY HEALING JOURNEY diharapkan dapat menjadi teman pembaca dalam menelusuri liku-liku kehidupan dengan lebih tenang, sabar, dan penuh harapan.
Warisan Homestay Kampung Chinchin
Melaka, MALAYSIA
Sijil Pelajaran Malaysia
Siti Mariam Hj Tompang ialah seorang usahawan wanita dari Jasin, Melaka. Beliau juga merupakan pengusaha Warisan Homestay Kampung Chinchin.
Beliau sering berkongsi aktiviti dan promosi berkaitan homestay, termasuk majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, dan pelbagai acara lain.
Musaev Z.
Nookat, KYRGYZSTAN
Secondary Education
Beliau kini bekerja sebagai pemandu pelancong di bawah sebuah syarikat pelancongan di Singapura.
Sebelum itu, beliau aktif sebagai hos di platform Couchsurfing dan pernah menerima kunjungan pengembara dari 53 negara di seluruh dunia.
Selain pengalaman sebagai pemandu pelancong di Kyrgyzstan, beliau juga mengusahakan perniagaan 'guesthouse' dan khidmat pemandu pelancong secara persendirian selepas perniagaan kilang rotinya terjejas akibat pandemik COVID-19.
Kini, beliau menyertai kolaborasi bersama kami dan membuka peluang kepada pengembara yang berminat untuk menjadi sukarelawan di platform kami. Namun, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Idayu A.
Perak, MALAYSIA
Bachelor of Psychology
Beliau merupakan seorang penulis yang berpengalaman dan seringkali terlibat dalam melakukan aktiviti di belakang tabir sebagai ghostwriter.
Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi di sebuah institut pengajian tinggi swasta secara separuh masa.
Beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun bekerja dalam bidang industri halal sehingga kini di sebuah universiti awam.
Beliau merupakan sebahagian daripada tim kolaborasi kami sebagai editor untuk artikel dan blog.
Telah menjejaki ke 3 buah negara di benua Asia iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.






