Couchsurfing: Peluang Menjadi Tetamu & Sukarelawan.
- Pengembara Nomad
- 14 Sep
- 1 min membaca
Updated: 19 Sep
Pengembara Nomad berbesar hati mengalu-alukan pengembara dari dalam dan luar negara untuk menjadi tetamu atau menyertai program sukarelawan, seiring dengan pelaksanaan projek Slow Living Revolution (2025-2027).
Melalui platform Couchsurfing, para pengembara dialu-alukan untuk tinggal bersama komuniti tempatan dan merasai sendiri pengalaman kehidupan di sini. Walau bagaimanapun, penginapan tidak hanya terhad di kediaman saya di Selangor. Terdapat juga lokasi lain yang boleh ditawarkan, bergantung pada availability saya serta hos lain pada waktu tersebut.
Selain menjadi hos penginapan, saya juga mengalu-alukan pengembara yang berminat untuk menyertai program sukarelawan yang bertempat di Jasin, Melaka. Program ini memberi ruang untuk menyumbang tenaga, kemahiran, pengalaman serta ilmu pengetahuan, di samping membina hubungan yang bermakna bersama komuniti setempat. Ia juga merupakan satu peluang bagi para pengembara untuk cuba menyesuaikan diri, belajar untuk lebih memahami dan meraikan perbezaan, serta secara tidak langsung dapat mewujudkan jaringan (rakan pengembara) sebagai persediaan survival pada masa hadapan.
Namun, segala bentuk penginapan dan aktiviti sukarelawan ini adalah tertakluk kepada terma serta syarat tertentu yang perlu dipatuhi, agar hubungan antara tetamu, hos dan komuniti dapat berjalan dengan lancar, saling menghormati, serta dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
Bagi pengembara yang berminat untuk saya menjadi hos anda atau ingin menyertai program sukarelawan, permohonan hendaklah dibuat terlebih dahulu melalui platform Couchsurfing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh ingin menginap serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk para tetamu.
Pautan: Couchsurfing
Pertanyaan juga boleh dihantar melalui emel ke pengembaranomad@gmail.com, sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas melalui platform Couchsurfing.