Kolaborasi Bersama Pengembara Nomad X HuggyPal
- Pengembara Nomad
- 27 Okt
- 1 min membaca
Updated: 29 Okt

Dengan pelaksanaan projek perintis Slow Living Revolution: Mentakrifkan Semula Kesejahteraan dalam Kehidupan yang Semakin Pantas, kami di Pengembara Nomad berhasrat untuk menjalinkan kolaborasi bersama Huggypal kerana kami berkongsi matlamat dan objektif yang sama untuk membantu lebih ramai individu mencapai keseimbangan hidup (life balance) dalam dunia moden yang penuh dengan kesibukan, tekanan, dan keletihan mental.
Sebagai Pengasas Pengembara Nomad dan juga pengguna Huggypal, saya melihat terdapat nilai (value) dalam setiap rekaan yang dihasilkan. Setiap produk mereka bukan sekadar dicipta untuk memberikan keselesaan fizikal, tetapi turut berfungsi sebagai alat sokongan (support tools) yang membantu mengurangkan tekanan dan memberikan kelegaan emosi, sama ada ketika bekerja di pejabat, berehat di rumah, atau berada di dalam kenderaan semasa perjalanan jauh. Bagi saya secara peribadi, produk mereka bukan hanya sekadar comel, lembut, dan selesa. Malah, memberikan rasa tenang dan selamat terutamanya apabila saya berhadapan dengan tekanan atau keresahan (anxiety).

Setiap rekaan dan material yang digunakan dalam produk, mereka turut menitikberatkan aspek keselesaan dan juga keselamatan pengguna supaya benar-benar selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa.
Dengan terjalinnya kolaborasi ini, kami berharap ia dapat menjadi satu usaha jangka panjang yang berasaskan nilai dan matlamat bersama dan menjadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif yang membawa manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam membina gaya hidup yang lebih seimbang dan penuh kesedaran (awareness).
Oleh itu, setiap pembelian Huggypal melalui laman web rasmi Pengembara Nomad ini bukan hanya sekadar satu sokongan terhadap produk mereka, tetapi juga sumbangan dalam menjayakan Projek Slow Living kami yang berteraskan usaha memperkukuhkan kesejahteraan emosi, memupuk kesedaran diri (self-awareness), dan menggalakkan gaya hidup perlahan (slow living) yang lebih seimbang.

