Pengenalan kepada Komuniti Pengembara Nomad.
- Pengembara Nomad
- 23 Ogo
- 2 min membaca
Updated: 6 Sep
Apa itu Komuniti Pengembara Nomad?
Komuniti Pengembara Nomad ialah sebuah komuniti yang dibina atas matlamat, nilai dan minat yang sama dengan tujuan menyumbang peranan serta tanggungjawab ahli dalam komuniti bagi pembangunan diri dan juga masyarakat.
Kenapa Komuniti Pengembara Nomad diwujudkan?
Sebagai ruang untuk berkongsi ilmu, pengalaman, kemahiran dan sokongan antara satu sama lain dalam suasana yang selamat dan terbuka.
Peluang untuk berkolaborasi berkaitan sesuatu projek atau tugasan.
Peluang untuk pertumbuhan dan perkembangan diri.
Satu bentuk persiapan jangka panjang sebagai ikhtiar hidup (survival) yang mempunyai sistem sokongan komuniti yang saling membantu.
Apa yang kami lakukan dalam Komuniti Pengembara Nomad?
Perkongsian, diskusi ilmu dan cerita bersama Komuniti Pengembara Nomad setiap minggu (secara dalam talian).
Sesi perkongsian & sembang santai bersama pengembara.
Bengkel dan kursus mini.
Penglibatan dalam aktiviti atau projek kolaboratif - aktiviti kesukarelawanan atau ‘work exchange’.
Membina rangkaian dan sokongan bersama Komuniti Pengembara Nomad.
Penyertaan dalam acara tertentu yang dilaksanakan oleh Pengembara Nomad.
Apa manfaat bila menyertai Komuniti Pengembara Nomad?
Pendedahan kepada ilmu, pengalaman, kemahiran bersama pengembara dan komuniti.
Akses kepada rangkaian dan sokongan yang saling membantu dan menghormati antara satu sama lain.
Peluang terlibat dalam aktiviti dan projek kolaboratif.
Membangunkan kesedaran (awareness) mengenai peranan serta tanggungjawab pengembara dan komuniti.
Siapa yang sesuai untuk terlibat atau sertai?
Komuniti ini terbuka untuk semua tanpa mengira usia, bangsa atau tahap pengalaman. Asalkan hadir dengan niat untuk berkongsi, belajar dan berkembang bersama selagi mana saling menghormati antara satu sama lain. Pendaftaran adalah PERCUMA.
Bagaimana untuk sertai Komuniti Pengembara Nomad ini?
Layari laman web rasmi kami di: https://www.pengembaranomad.com.my
Klik pada butang "Komuniti" di bahagian utama.
Klik butang "Pendaftaran".
Isi maklumat diri melalui Google Form yang disediakan.
Lengkapkan butiran asas seperti nama, emel, no.telefon dan kemahiran (sekiranya ada).
Tunggu maklum balas pengesahan daripada kami.
Kami akan hubungi anda melalui emel atau mesej dalam masa beberapa hari selepas penyertaan.
Kami akan jemput anda ke sesi perkenalan komuniti untuk mengenali lebih lanjut tentang peraturan, etika dan perjalanan aktiviti bersama komuniti.
1. Laman web rasmi: www.pengembaranomad.com.my
2. Klik Butang “Komuniti” > “Pendaftaran” > Pautan Google Form
