Projek Kolaborasi: Pengembara Nomad X Warisan Homestay Kampung Chinchin, Jasin
- Pengembara Nomad
- 7 Sep
- 2 min membaca
Cadangan kami sebelum ini telah dikemukakan kepada pihak Warisan Homestay Kampung Chinchin untuk menjalin kerjasama dan ia juga merupakan inisiatif kami untuk memperkenalkan Warisan Homestay Kampung Chinchin yang terletak di Jasin sebagai destinasi pelancongan berteraskan komuniti. Destinasi ini terbuka kepada kehadiran orang tempatan mahupun pengembara luar negara, termasuk golongan nomad digital.
Selain mempromosikan tempat yang masih mengekalkan suasana kampung serta warisan tempatan di Warisan Homestay Kampung Chinchin, kerjasama ini juga berperanan dalam memperkukuhkan ekosistem pelancongan lestari.Â
Keistimewaan persekitaran di Kampung Chinchin, Jasin, yang masih memelihara keaslian suasana kampung, turut membuka ruang dan peluang untuk pelaksanaan projek perintis kami iaitu Slow Living Revolution: Mentakrifkan Semula Kesejahteraan dalam Kehidupan yang Semakin Pantas. Projek ini merupakan projek pertama platform digital Pengembara Nomad selama dua tahun bermula tahun 2025 sehingga 2027.
Pelaksanaan ini selaras dengan penganjuran rasmi oleh Kerajaan melalui kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), yang bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi unik, mampan, dan harmoni berasaskan kekayaan warisan pelbagai budaya. Selain itu, Kerajaan juga telah bersetuju untuk menjadikan negeri Melaka sebagai tuan rumah bagi pelancaran rasmi sambutan TMM2026 (MOTAC, 2025).
Alhamdulillah, proses untuk membangunkan projek ini bukanlah sesuatu yang mudah. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat kepada komuniti dan para pengembara.
Untuk harga pakej adalah seperti berikut:
1 pax - RM 50
2 pax - RM 100
Per khemah - RM 200 (3-6 Pax)
Kapasiti: 1-6 pax
2 bilik, 1 ruang tamu
2 queen bed (Naturehike)
1 meja makan, 4 kerusi
Plug point disediakan
2 kipas (rechargeable) + remote
Projector + projector screen (cloth)
4 lampu solar (rechargeable) + mosquito killer
Mic + blueethooh sepaker
Buku-buku berkaitan kembara (pengembara)
Outdoor kitchen
Tempat barbeku
Nota:
Diskaun untuk long-term stay turut disediakan khusus untuk pengembara dan nomad digital dalam dan luar negara.
Sewa tapak khemah juga ada disediakan.
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi kami di:
‪+6012-2718390‬ (Cik Yam)Â
‪+6011-35733715‬ (Admin)
Atau, boleh buat tempahan di sini melalui Google Forms: https://forms.gle/HjQRfoNgMA6MRmBQ9





























