Sampaikan Doa: Dari Turki ke Tanah Suci.
- Pengembara Nomad
- 1 Sep
- 1 min membaca
Updated: 5 Sep
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh rasa rendah diri, saya ingin memaklumkan bahawa saya akan bermusafir ke Turki untuk membuat sedikit lawatan dan kajian berkaitan kemurungan dan penyakit rohani, dan seterusnya berhajat ingin menunaikan ibadah umrah. Perjalanan ini sebenarnya satu peluang untuk saya mencari makna diri dan hikmah disebalik apa yang terjadi.
Justeru, dengan rendah hati saya ingin membuka ruang kepada sahabat semua. Jika ada doa yang ingin dikirimkan, boleh PM saya secara peribadi atau boleh layari di laman web rasmi Pengembara Nomad. InsyaAllah, saya akan cuba sampaikan doa anda semua sama ada dalam perjalanan saya di Turki atau di Tanah Suci.
Saya juga memohon doa daripada anda semua, agar saya diberi kekuatan, kesihatan, dan kelancaran sepanjang perjalanan. Semoga Allah melimpahkan rahmat, kesihatan, dan kebahagiaan kepada kita semua.
InsyaAllah, saya akan bertolak ke Turki dari Seoul pada 21 September 2025. Perjalanan saya ke Tanah Suci dari Istanbul pula dijangka pada pertengahan Oktober 2025.
Boleh klik Google Form dibawah untuk kiriman doa.